.
Assalamualaikum & Annyeonghaseyo. I'm MsHanisah. Welcome to my blog page. Be nice here and if you don't mind please leave your footsteps at my cbox . Thank You.


  • No Harsh Words Here
  • No Advertisement
  • Can Ex-links Here







  • © 2013 - Skins by FarahDini
    Original Skin :Uhmi
    The Owner :DanDeLion SinDora
    Cute Icons :Pixel

    Follow on Feedspot
    RESEPI : BLACKPEPPER CHICKEN WRAP
    Friday, June 7, 2013 - {0 Comments}

    Assalamualaikum and Annyeonghaseyo !

    Okey, hari nie saya nak berkongsi satu resepi dengan korang which is korang dah baca kat atas tu, blackpepper chicken wrap. Tapi korang juga bole tukar chicken tu kepada daging kalu korang suka. Daging pun ade pelbagai jenis contohnya daging kambing, lembu, itik dll. tpi saya lebih suka chicken sebab kurang lemak, hehe. Untuk pengetahuan korang semua, resepi nie saya dah modified berdasarkan ape yang saya tengok orang kat dalam tv ajar mengikut cita rasa saya sendiri. We can say that it’s totally different but most important thing is, it’s very simple and healthy diet meal for us to take.

    BAHAN – BAHAN UNTUK BUAT WRAP (KULIT) :
    §  Tepung gandum*diayak* - 300g
    §  Baking powder – 2 sudu kecil
    §  Instant yeast – 2 susu kecil
    §  Butter / marjerin (no kolestrol) – 3 sudu besar
    §  Garam - secubit
    §  Air suam


    CARA – CARA MEMBUAT WRAP (KULIT) :
    1) Campurkan tepung gandum, baking powder, instant yeast dan garam mengikut kuantiti yang dinyatakan di atas ke dalam mangkuk sederhana besar. Gaul sehingga sebati.
    2)  Seterusnya, masukkan marjerin mengikut kuantiti yang dinyatakan di atas. Gaul sehingga sebati (tiada ketulan marjerin).
    3)  Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit air suam dan gaul sehingga doh tersebut menjadi bola dan tidak melekat di tangan anda.
    4) Pastikan tekstur doh tersebut tidak lah terlalu lembut mahupun keras.
    5) Letakkan tuala lembab di atas mangkuk tersebut dan dibiarkan seketika sehingga doh kembang.
                      
                                         
    > Doh telah kembang sedia untuk dibuat wrap (kulit) <


    6)  Seterusnya, uli doh tersebut sehingga menjadi sederhana besar bulatnya dan pastikan ketebalan doh tersebut tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.


    > Tips : taburkan sedikit tepung gandum atas papan uli sebelum menguli doh bagi mengelak doh tersebut melekat <


    7)    Akhir sekali, masukkan wrap ke dalam kuali leper dan masak wrap tersebut tanpa minyak.


    > Pastikan wrap dimasak tanpa minyak ! <



    BAHAN – BAHAN UNTUK BUAT BLACKPEPPER CHICKEN (INTI) :
    §  Chicken / ayam*dipotong secara nipis(tanpa tulang & lemak)* - agak2 utk 6-7 wraps (kulit)
    §  Blackpepper / lada hitam – 1 genggam tangan
    §  Lada sula – 1 sudu kecil
    §  Jintan manis – 1 sudu kecil
    §  Bawang putih / garlic – 1 ½ ulas
    §  Bawang merah – 5 ulas
    §  Lada benggala (merah/kuning/hijau)*dipotong dadu* – ½ biji
    §  Daun sup and daun bawang – ikut cita rasa
    §  Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
    §  Garam – secukup rasa
    §  Madu – sedikit shja
    §  Tomato*dipotong nipis* – 2 biji
    §  Bawang besar*dipotong nipis* – 2 biji
    §  Buah epal (merah/hijau)*dipotong nipis* – 1 biji
    §  Mayonis – 1 paket
    §  Sos chili (thai/biasa)


    CARA – CARA MEMBUAT BLACKPEPPER CHICKEN (INTI) :
    1)  Pertama sekali, ambil lada hitam, lada sula, jintan manis, bawang putih dan bawang merah tumbuk sehingga hancur.
    2)  Kemudian, gaulkan dengan chicken yang telah dibubuh serbuk kunyit, garam dan lada  benggala mengikut kuantiti yang dinyatakan di atas.
    3) Bubuh madu sedikit bagi sesiapa yang sukakan rasa manis2 dengan pedas lada hitam ditambah pula dengan masam2 mayonis dan buah epal nanti. Perap selama 10-15 minit supaya manis madu dapat diserap ke dalam isi chicken tersebut (lgi lama lgi bagus !).
    4)  Seterusnya, panaskan kuali dengan marjerin (no kolesterol) dalam kuantiti yang sedikit iaitu 1 sudu kecil shja !
    5)  Kemudian, masukkan chicken yang telah diperap tadi dan sedikit air. Biarkan ia sehingga masak dan sekali sekala kacau sehingga tidak ade kuah lagi.
    6)  Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang dan kacau bagi rata.



    > Step 5 <



    > Step 6 <



    # # Last but not least,


    > Last step : bahan2 untuk buat inti blackpepper chicken wrap <




    > Cara susunan inti blackpepper chicken wrap <


    # # # Letak inti blackpepper chicken dlu, kemudian letak la segala macam benda kat atas dia (buah epal, tomato, bawang besar, salad). Susun cantik2.. last sekali, bubuh mayonis dan sos chili. Dah siap !! and jangan lupa wrap dia pulak.



    > Blackpepper Chicken Wrap !! yummy2 ~ <


    My suggestion : This meal can be dinner meal for who is on diet. It’s suitable to take as your meal because of the amount of calories and fat for the meal is lower if compared to our normal dinner meal.
    Check your calories that you need to consume each day here.



    SELAMAT MENCUBA ! BYE ~








    PERHATIAN : SEGALA PENULISAN DALAM BLOG INI TIDAK SEPENUHNYA MENGIKUT BAHASA BAKU. HARAP MAKLUM.

    Labels: ,





    .